recent posts

Friday 31 May 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

Hye semua :)



Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..





TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013







Thursday 30 May 2013

Tema Pastel Majlis Pertunangan

Hye semua...




Pasti ramai yang mengimpikan majlis pertunangan yang kelihatan tenang dan mendamaikan hasil dari gabungan warna-warna pastel yang dijadikan sebagai tema majlis. Di hari pertunangan saya yang bakal tiba, warna pastel turut menjadi pilihan. Bagi anda yang masih tercari-cari warna tema untuk hari bahagia, saya cadangkan anda membuat kombinasi warna-warna pastel yang menjadi trend terkini. 


WARNA PASTEL







Moga perkongsian ini, dapat membantu anda untuk membuat pemilihan warna tema majlis anda yang bakal tiba.












Tuesday 28 May 2013

Tudung dan Bentuk Wajah

Untuk kali ini, saya ingin kongsikan sedikit tips mengenai kesesuaian tudung yang digayakan mengikut bentuk wajah. Diharapkan dengan perkongsian tips ini dapat membantu anda untuk menggayakan tudung yang bersesuaian dengan bentuk wajah agar tampil lebih yakin dan menarik.



PANJANG

blush panjang Blush On Sesuai Bentuk Wajah

- Bagi anda yang berwajah panjang, gaya tudung lilitan shifon sangat sesuai untuk digayakan.

- Si pemilik wajah panjang tidak memerlukan tudung berawning kerana ia hanya akan memanjangkan lagi wajah anda.



BUJUR SIRIH

blush oval Blush On Sesuai Bentuk Wajah

- Sesuai menggayakan apa saja jenis penggayaan tudung.

- Gaya turban akan menyerlahkan lagi si pemakai yang berwajah bujur sirih dengan sedikit lilitan.



BULAT 

blush bulat Blush On Sesuai Bentuk Wajah

- Si pemilik wajah bulat seharusnya mengelakkan tudung melilit keseluruhan wajah, ini akan menampakkan lagi kebulatan wajah anda.

- Bagi yang memiliki wajah bulat, anda disarankan supaya memakai tudung yang berawning panjang iaitu melepasi paras bawah tulang pipi.








Tuesday 21 May 2013

Tutorial: Tukar Password Blog

Hye semua :)
Kali ni saya akan buat tutorial yang simple saja tentang penukaran password blog. Perlu ke kita tukar password? Mesti ada dikalangan kita terfikir begitu kan, bukan apa sebabnya kita dah biasa dengan password yang digunakan. Tapi harus diingat ianya penting atas sebab-sebab tertentu contohnya apabila menyedari blog diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab jadi tindakan pantas perlu diambil iaitu dengan menukar password blog anda. Sila ikut langkah-langkah seperti di bawah.



1. Sign In- Blogger

Langkah 1:



Langkah 2:



Langkah 3:




Langkah 4:



Ok, selesai saja ikut 4 langkah di atas maka selamatlah blog anda bertukar ke password baru.











Blog DICEROBOH...!!!

Hye semua..
Alkisah...inilah yang terjadi petang kelmarin (20.05.2013)
Ketika sedang asyik menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lain sehingga pulang semula ke dashboard dan akhirnya timbul satu notis yang menghairankan saya.




Pernah terjadi juga ke pada blog anda? Adakah ini tandanya blog telah diceroboh atau perkara biasa sahaja? Sudah tentu saya tidak senang duduk dibuatnya walaupun pada mulanya saya menganggap ianya perkara biasa sahaja, setelah berfikir sejenak dengan pantas saya berpendapat bahawa adalah lebih selamat sekiranya saya menukar password blog. Mana ada pemilik blog yang suka sekiranya blog mereka diceroboh ye dak jadi pada masa yang akan datang, kita perlulah lebih berhati-hati dalam setiap tindakan. 


Fikir-fikirkanlah :)









Friday 17 May 2013

Resepi: Ayam Perap Masak Merah Madu

Hye semua.
Untuk pengetahuan anda, resepi kali ni merupakan kesinambungan dari resepi Ayam Goreng Berempah (Perap) pada entry saya yang lepas. Bagi yang dah cuba resepi sebelum ni, resepi kali ni dalam bentuk berkuah pula tapi kuahnya tidaklah terlalu banyak. Ok, bagi yang belum mencuba resepi Ayam Goreng Berempah, anda boleh mencubanya untuk menikmati keenakkan ayam goreng yang diperap. Baiklah sekarang jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Ayam Perap Masak Merah Madu.
Senarai bahan (Ayam Perap)
AYAM (10 ketul)

Bahan PERAPAN:

Rempah kari ayam secukupnya
2 inci halia (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya


Cara MEMASAK:

Gaul ayam dengan garam dan kunyit secukupnya seterusnya gaulkan juga dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk serta rempah kari.
** Ayam diperap selama 30minit-1jam sebelum dimasak.

Seterusnya panaskan minyak, ayam tersebut bolehlah digoreng dengan api perlahan sehingga masak.
**Jangan masak dengan api terlalu kuat nanti 
ayam hanya masak dibahagian luar je.

**Simpan lebihan bahan perapan untuk dijadikan bumbu kuah.



Senarai bahan (Masak Merah Madu)

Minyak secukupnya
2 sb puri tomato
2 sb cili kisar
3 sb madu
 Sedikit air
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar *dipotong bulat nipis*


Cara MEMASAK:

Panaskan minyak, tumiskan lebihan bahan perapan (bumbu perapan) dan cili kisar  (saya gunakan cili kisar ready made). Masak hingga garing.

Masukkan puri tomato, madu, gula dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.

Apabila kuah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau dan biarkan kuah mesra dengan ayam dengan menggunakan api sederhana.

Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan nipis. Kacau  seterusnya perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah sedikit pekat.

Angkat dan hidangkan. Sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi putih dan lain-lain.






Selamat Mencuba :)














Thursday 16 May 2013

Tutorial: Buat Kotak Banner

Hye semua.

Untuk hari ni, saya sediakan tutorial yang simple untuk anda iaitu tutorial untuk buat kotak banner. 
Moga tutorial ni membantu terutama bagi newbie blogger.

1. Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML / JavaScript

2. Copy code yang di bawah
<center>
<img style="width: 167px; height: 157px;" src="URL BANNER" />
<center>LETAK AYAT UNTUK BANNER</center>


<textarea cols="13" rows="3" style="text-align: center;"><a href="LINK URL BLOG /"><img src="URL BANNER" /></a></textarea></center>

* size 167px dan 157px= boleh ubah ikut kehendak
* url banner= url boleh dapatkan di Photobucket
* ayat utk banner= ikut citarasa anda eg: copy and paste it into your blog

3. Paste code kemudian SAVE.









Wednesday 15 May 2013

Alhamdulillah....Rezeki 13.05.13 CPUV Pertama

Hye semua :)

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan bertapak dalam dunia blogging akhirnya pada tanggal 13 Mei 2013..rezeki dari-Nya hadir tanpa dijangka, ianya juga adalah CPUV PERTAMA saya. Hadirnya menyuntik semangat saya untuk terus aktif dalam dunia blogging. Bak kata orang "rezeki tak datang bergolek" ye dak..jadi haruslah kita usaha serta diiringi dengan doa.




Tidak lupa juga kepada pihak pengiklan kerana sudi memberi peluang kepada saya yang baru setahun jagung dalam dunia blogging ni *Putih-putih melati, merah-merah delima..pihak pengiklan yang baik hati, hadirmu kuterima*. Rasanya saya dah tak perlu nak kenalkan lagi apa tu IKEA, mesti anda tahu kan tentang IKEA :) Untuk nak tahu yang special di Ikea, sila-sila la klik iklan IKEA ni yang sentiasa berlegar-legar di blog saya sekarang ni. 



Jom ramai-ramai daftar :)


Ok, akhir sekali saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak IKEA:)
Moga iklan Ikea-Kitchen FY2013 melekat lama di sini.















Tuesday 14 May 2013

Review Product: Sabun Jerawat "Superb" | ACNE AID BAR

Assalamualaikum.
Hye semua..

UNTUK PENGETAHUAN ANDA, SAYA TIDAK LAGI MENGGUNAKAN PRODUK INI SETELAH TAHU IANYA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN BG MUSLIM DAN TELAH LAMA BERTUKAR KEPADA PRODUK BARU.

JERAWAT?? 
Betapa ngerinya apabila ianya singgah untuk bermastautin di muka, tidak kiralah lelaki mahupun wanita pasti mengalami tekanan dengan hadirnya jerawat. Hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang lain apatah lagi untuk bertemu si idaman hati. Betul tak? Adakah anda juga turut mengalami masalah ini? 
Ingin saya kongsikan di sini, suatu ketika dahulu saya juga turut mengalami masalah yang sama, walaupun masalah yang saya hadapi tidaklah terlalu serius namun rasa malu, kurang yakin sering membelenggu diri. Saya telah mencuba pelbagai produk yang berada di pasaran dari harga belasan ringgit hinggalah ke ratusan ringgit namun hasilnya tidak memuaskan hati, jerawat datang silih berganti. Mungkin produk tersebut tidak sesuai dengan kulit saya. Sehinggalah saya berjumpa dengan satu produk yang saya rasakan ianya sangat membantu untuk menghapuskan jerawat. Produk tersebut ialah sabun ACNE AID


Untuk pengetahuan anda, saya masih menggunakan produk ni hingga ke hari ini setelah saya rasakan ianya berkesan. Anda pernah tahu tentang produk ni? Ok, di sini saya ingin kenal-kenalkan anda dengan produk yang "superb" ni.


Sabun Acne Aid ni didatangkan seperti sabun buku yang lain jadi sekiranya anda ingin berjimat seperti saya, anda perlulah potong kecil-kecil lebih kurang tiga bahagian. Produk ni membantu membersihkan kulit terutamanya untuk kulit berjerawat dan berminyak. Apa yang penting saya nak kongsikan juga  Sabun Acne Aid ni tidak mengandungi bahan pewangi, pewarna atau pengakis serta boleh digunakan dengan selamat dengan ubat-ubatan yang lain. InsyaAllah. Ianya boleh digunakan berulang kali sekiranya kulit sangat berminyak, jadi bolehlah guna 2-3 kali sehari seperti anda menggunakan pencuci muka lain.
Nak tahu dekat mana boleh dapatkan produk ni? Ok, sebenarnya produk ni boleh dapatkan di Watson ataupun Gurdian dan mungkin juga dijual di farmasi. Bab harga pula, anda tak perlu risau sebabnya harga yang ditawarkan adalah harga mampu milik iaitu RM 14.50 (bergantung pada tempat jualan).
Nak tengok keberkesanan produk ni? Saya syorkan anda mencubanya terlebih dahulu, dari situ anda sendiri mampu untuk menilainya. Keberkesanan sesuatu produk yang digunakan bergantung pada kesesuaian kulit. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan keadaan kulit muka saya sekarang dan kini kembali tampil dengan lebih yakin. 
Untuk anda yang mengalami masalah jerawat dan masih lagi buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya, saya harap dengan apa yang telah saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk menyelesaikannya. Jumpa lagi untuk entri yang akan datang, saya juga akan kongsikan mengenai ubat jerawat yang saya gunakan bersama sabun Acne Aid ini.