recent posts

Saturday 21 September 2013

Majlis Pertunangan: Hantaran Majlis Pertunangan (DIY)

Hye semua :)
Untuk entry kali ni, saya ingin kongsikan tentang Hantaran (DIY) sempena Majlis Pertunangan saya yang lalu. Hantaran dari pihak lelaki sebanyak 5 dulang berbalas 7 dari pihak perempuan. Gubahan hantaran ini berkonsepkan "simple but nice" jadi saya cuba menerapkan konsep tersebut pada hantaran saya kali ini dengan sebaik mungkin. 
Alhamdulillah, bagi barang-barang untuk dijadikan hantaran pula hampir kesemuanya di sponsor oleh family dan juga saudara mara, saya hanya menempah home mades cupcakes yang comel dengan harga yang amat berpatutan.




Hantaran ketika 70% siap :)



















Saya juga ada berkongsi tentang Handbouquet (DIY), sekiranya anda belum berkesempatan untuk singgah di entry ringkas tu, jemputlah singgah di entry Handbouquet | Bunga Tangan untuk Majlis Pertunangan.



Thursday 5 September 2013

Hand Bouquet | Bunga Tangan (DIY) Untuk Majlis Pertunangan

Hye semua :)
Sudah lama rasanya jari jemari ini berehat dari menaip sebarang entry di blog, jadi ini adalah entry pertama saya setelah bergelar tunangan orang... terasa rindu untuk kembali berkongsi cerita di sini. Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi tentang Hand Bouquet atau Bunga Tangan yang telah saya hasilkan sendiri sempena Majlis Pertunangan saya yang lalu.

Walaupun terdapat pelbagai jenis ready made dan custom made Hand Bouquet di pasaran samada di kedai atau secara online namun Hand Bouquet yang dihasilkan sendiri ternyata mampu memberi kepuasan yang tersendiri. Bahan yang digunakan untuk membuat Hand Bouquet boleh dibeli di kedai bunga atau di kedai yang menjual kelengkapan perkahwinan. Kos bagi membuat Hand Bouquet pula bergantung pada jenis bunga yang dipilih. 






Inilah hasil gubahan saya untuk dijadikan Hand Bouquet.
Alhamdulillah, percubaan buat kali pertama yang memuaskan.




Kepada anda yang bakal melansung Majlis Pertunangan atau Perkahwinan, diharap entry pada kali ini mampu memberi inspirasi kepada anda dalam menghasilkan Hand Bouquet (DIY).