recent posts

Saturday, 16 February 2013

Review Product : SILA MINERALS


Hye semua..

Moga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya. Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lalu untuk adakan entry-entry tentang review produk, jadi disini saya akan tunaikan janji tersebut*janji ditepati.hehehe*. Produk yang menjadi pilihan pertama untuk dijadikan review pada kali ni ialah SILA MINERALS iaitu Bedak Batu Benang Sila. Ok, saya yakin masih ramai lagi diluar sana yang belum tahu akan adanya produk ni dalam pasaran jadi saya akan cuba terangkan sejelas mungkin pada anda.

Untuk pengetahuan anda, menurut sumber SILA MINERALS (BenangSila Resources) Bedak Batu Benang Sila ni adalah bedak warisan tradisional yang dihasilkan turun temurun sejak tahun 1940-an lagi. Bedak ni dihasilkan 100% daripada Batu Benang Sila asli. Proses penghasilannya pula perlu melalui 8 peringkat pemprosesan untuk menghasilkan bedak yang berkualiti tinggi  dan diuji secara klinikal mempunyai UVA yang tinggi . Bedak batu ni didatangkan tanpa pewarna dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit, bebas dari bahan kimia, pengawet dan pewangi tiruan jadi anda tidak perlu risau tentang kesan sampingan produk ni. Ianya adalah produk keluaran Muslim (Bumiputera) yang diyakini halal dan suci yang boleh digunakan ketika beribadat. Anda TAHU tentang sejarah produk ni? Ok, jom baca tentang sejarahnya dulu.

SEJARAH BEDAK BATU BENANG SILA
(SILA MINERALS)






Antara manfaat daripada penggunaan bedak ni secara berterusan ialah:
-Melindungi kulit daripada kesan bahaya sinaran UVA seperti pigmentasi dan kedutan.
-Menghilangkan kesan parut jerawat/ruam.
-Memelihara kulit muka sepaya halus dan licin.
-Mengurangkan masalah jeragat/bintik hitam.
-Mengurangkan masalah kulit berminyak


Setelah saya mencuba produk ni, kesannya dapat dilihat dengan penggunaan secara berterusan tapi mungkin kesan bagi setiap individu adalah berbeza. Parut jerawat biasa juga kelihatan pudar dan In sha Allah hilang sekiranya digunakan secara teratur dan berterusan.*mungkin tindak balas berbeza bagi setiap orang*. Bagi anda yang mengalami masalah kulit berminyak, saya suggest supaya anda mencuba produk ni, dengan izin dari-Nya mungkin ia  dapat membantu anda bagi menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya pakai bedak ni secara berterusan, perubahan jelas terasa apabila kulit muka jadi semakin lembut.*bergantung pada individu* Harga bagi Bedak Batu Benang Sila (SILA MINERALS) ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM 19.90 sahaja bagi setiap kotak. Harga mampu milik yang ditawarkan itu, saya yakin  ramai yang mampu untuk mendapatkan produk ni.

Ok di sini saya selitkan sekali gambar  Bedak Batu Benang Sila keluaran SILA MINERALS  dalam "packaging" baru yang sememangnya cantik.

















Seterusnya saya nak berkongsi cara penggunaan bedak ni untuk mendapat kesan yang lebih "superb".

CARA PENGGUNAAN:

SILA MINERALS digunakan seperti bedak muka yang lain. Namun untuk kesan yang lebih sempurna disarankan supaya anda mengikut langkah-langkah berikut:

- Cuci muka
- Gunakan toner pilihan anda dan biarkan seketika.
- Sapukan pelembap
- Sapukan Sila Minerals dengan menggunakan puff yang disediakan ke seluruh wajah.
** Sapu semula Sila Minerals apabila perlu.



Moga perkongsian ini memberi secebis manfaat untuk anda semua. 
Jumpa lagi pada entry yang lain ;)