recent posts

Friday, 17 May 2013

Resepi: Ayam Perap Masak Merah Madu

Hye semua.
Untuk pengetahuan anda, resepi kali ni merupakan kesinambungan dari resepi Ayam Goreng Berempah (Perap) pada entry saya yang lepas. Bagi yang dah cuba resepi sebelum ni, resepi kali ni dalam bentuk berkuah pula tapi kuahnya tidaklah terlalu banyak. Ok, bagi yang belum mencuba resepi Ayam Goreng Berempah, anda boleh mencubanya untuk menikmati keenakkan ayam goreng yang diperap. Baiklah sekarang jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Ayam Perap Masak Merah Madu.
Senarai bahan (Ayam Perap)
AYAM (10 ketul)

Bahan PERAPAN:

Rempah kari ayam secukupnya
2 inci halia (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya


Cara MEMASAK:

Gaul ayam dengan garam dan kunyit secukupnya seterusnya gaulkan juga dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk serta rempah kari.
** Ayam diperap selama 30minit-1jam sebelum dimasak.

Seterusnya panaskan minyak, ayam tersebut bolehlah digoreng dengan api perlahan sehingga masak.
**Jangan masak dengan api terlalu kuat nanti 
ayam hanya masak dibahagian luar je.

**Simpan lebihan bahan perapan untuk dijadikan bumbu kuah.



Senarai bahan (Masak Merah Madu)

Minyak secukupnya
2 sb puri tomato
2 sb cili kisar
3 sb madu
 Sedikit air
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar *dipotong bulat nipis*


Cara MEMASAK:

Panaskan minyak, tumiskan lebihan bahan perapan (bumbu perapan) dan cili kisar  (saya gunakan cili kisar ready made). Masak hingga garing.

Masukkan puri tomato, madu, gula dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.

Apabila kuah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau dan biarkan kuah mesra dengan ayam dengan menggunakan api sederhana.

Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan nipis. Kacau  seterusnya perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah sedikit pekat.

Angkat dan hidangkan. Sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi putih dan lain-lain.






Selamat Mencuba :)














15 comments:

Nasuha said...

nampak sungguh menyelerakan...

Hanis Izzati Hasbullah said...

nnt nasuha try la resepi ni :)

Sabrina Tajudin said...

emmm! terliur pulak! nnti nk cuba la! <3

http://bysabrinart.blogspot.com

Hanis Izzati Hasbullah said...

ok, nnt da try jgn lupa gtaw ye... mgkin ada yg sabrina nk komen psl resepi ni ke...thanks sudi singgah..:)

Cik Juju said...

buleh try ni :D

Hanis Izzati Hasbullah said...

hye cik juju...nnt try la...kalau sedap, boleh bt lg...:)

Kucing Hitam said...

nanti pos lajukan kat kita hahaha
http://long-cham.blogspot.com/

Shereen Yahya said...

wah , ini boleh dicuba , Thank you for share :)

sodah binti jemah (bukan nama sebenar) said...

dapnyeee laaa

http://inialolo.blogspot.com/

Anonymous said...

mknn fav ni..
da lme x mkn..
mohon anta kt sye..
hihi

Katak Comel said...

mknn fav ni..
da lme x mkn..
mohon anta kt sye..
hihi

Hanis Izzati Hasbullah said...

@Kucing Hitam, wahh..cmna nak pos laju ayam ni....:) thanks ya sudi singgah...

Hanis Izzati Hasbullah said...

@Shereen Yahya: Most welcome dear :)
Selamat Mencuba dear...thanks sudi singgah sini :)

Hanis Izzati Hasbullah said...

@Katak comel...sy xdapat nak anta, sy kirimkan resepi ni ja..awk try ye :) tq sudi singgah sini..

Hanis Izzati Hasbullah said...

@Sodah..sodappp :) try la resepi ni..