recent posts

Sunday 20 April 2014

Resepi AYAM GORENG KUNYIT Special

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu semua, untuk entri pada kali ni saya ingin kongsikan satu lagi resepi yang simple dan special iaitu Ayam Goreng Kunyit. Dihujung minggu luangkan sedikit masa untuk memasak khusus untuk keluarga tersayang sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.


Bahan-bahan untuk memasak:
500g isi ayam (dipotong dadu)
serbuk kunyit
sos tiram
cuka
garam
5 biji cili padi (dihiris)
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
bawang besar (dimayang)
minyak masak (secukupnya)
Tambahan:
kacang panjang / kacang buncis
Cara Memasak:
Isi ayam yang telah dipotong dadu digaul bersama serbuk kunyit, garam, sos tiram dan sedikit cuka. Diperap selama 15 minit sebelum digoreng.
Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng ayam dengan menggunakan api sederhana. Masukkan ayam dan sedikit serbuk kunyit seterusnya goreng sehingga sedikit garing ( ikut citarasa masing-masing).
Dalam kuali yang lain, ambil minyak yang digunakan untuk mengoreng ayam tadi dan panaskan. (tambah minyak masak yang baru sekiranya tidak cukup). Masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumis sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan bawang besar yang telah siap dimayang dan cili padi. Sekiranya anda ingin masukkan tambahan sayuran boleh terus masukkan kacang panjang atau kacang buncis. ( Saya tidak masukkan sayuran tambahan). 
Seterusnya masukkan sedikit sos tiram. Gaul sebati. Siap dan boleh teruskan dihidangkan. 
Selamat Mencuba.


Thursday 17 April 2014

Resepi SAMBAL SOTONG Special

Untuk entri pada kali ini, saya ingin berkongsi resepi yang simple saja iaitu SAMBAL SOTONG. Sambal sotong yang saya sediakan ni merupakan salah satu menu kegemaran keluarga. Nak tahu keenakkan sambal sotong ni, anda bolehlah mencubanya.




Ok, jom tengok BAHAN-BAHAN untuk resepi ni..

500 g sotong (dibersihkan dan toskan)
10-15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bawang merah (dikisar)
2 sudu besar air asam jawa
Sos tiram (secukupnya)
Sos cili (secukupnya)
  Kicap (secukupnya)
Air (secukupnya)
Bahan perasa (secukupnya)
Garam dan gula (secukupnya)
1 labu bawang besar (dimayang)
Minyak utk menumis (secukupnya)


Cara MEMASAK:

Bersihkan sotong dan toskan.

Kisar cili kering (dibuang biji) bersama bawang merah dan air secukupnya.

Panaskan minyak di dalam kuali. Seterusnya, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga bau wangi dan pecah minyak. Letak air secukupnya.

Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap, air asam jawa secukupnya dan kacau rata. 

Masukkan sotong berserta garam, gula dan boleh juga dimasukkan sedikit bahan perasa sekiranya perlu. Biarkan mendidih. Masukkan pula bawang besar yang telah siap dimayang.

Apabila sotong yang dimasak sudah lembut, tutup api. Siap dan boleh terus dihidangkan.