recent posts

Friday 4 July 2014

Choco Brownies

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa.
Beberapa hari sebelum bulan Ramadhan menjelang, saya ada menerima tempahan Choco Brownies.  Pada mulanya, saya hanya sekadar berkongsi gambar brownies yang telah siap saya buat di laman sosial Instagram dan seorang kenalan menyatakan hasrat untuk menempah. Ketika itu saya anggap ianya sekadar gurauan namun pada keesokan harinya saya menerima kiriman whatsapp dari kenalan tersebut menyatakan dia serius untuk membuat tempahan. Kenalan saya itu ada menjalankan perniagaan iaitu menawarkan khidmat sewaan pelamin, gubahan bunga tangan, gubahan hantaran, candy buffet untuk majlis perkahwinan, sambuatan ulang tahun dan lain-lain majlis.
 Rasa teruja apabila kenalan saya membuat tempahan sempena sambutan ulang tahun kelahiran yang menggunakan khidmatnya untuk menyediakan candy buffet. Ini adalah cubaan kali pertama saya untuk menjual brownies yang pada kebiasaanya dibuat untuk santapan keluarga.


Saya mendapat feedback melalui whatsapp katanya sedap, tak sempat nak letak di candy buffet table dah abis. Alhamdulillah, syukur sangat bila brownies saya dapat sambutan yang menggalakkan. 

Terima kasih kak Noney sudi tempah.




Saturday 24 May 2014

Cek Pertama dari Nuffnang

Salam ceria di hujung minggu ;)
Syukur kepada-Nya yang memberi peluang kepada kita untuk bernafas hingga ke saat ini serta rezeki yang tidak putus-putus dari-Nya. Rezeki yang dihadirkan melalui CPUV dari pihak Nuffnang juga sentiasa ada. Apa lagi yang mampu diungkapkan melainkan dengan lafaz syukur.
Terima kasih kepada pihak Nuffnang yang telah banyak memberi peluang kepada blog saya yang tidak seberapa ini dengan pelbagai jenis CPUV dari pihak pengiklan untuk menapak di blog ini. Kepercayaan dari pihak Nuffnang dan pengiklan secara tidak lansung menyuntik semangat saya untuk terus aktif dalam dunia blog.
Cek pertama yang telah selamat saya terima dari pihak Nuffnang minggu lalu.
 Timbul juga sedikit keterujaan memandangkan ini adalah kali pertama saya menerima cek dari pihak Nuffnang sejak dari mula membabitkan diri dalam dunia blog hinggalah sekarang.
Terima Kasih Nuffnang..

Terima Kasih Nuffnang..

Terima Kasih Nuffnang..

Ku akan terus setia bersamamu...


Monday 5 May 2014

Review Product: Dalacin T Ubat Jerawat "Superb"

                                                                                                


Salam 1 Malaysia..
Dah lama sebenarnya saya memendam hasrat untuk menulis satu entri mengenai Ubat Jerawat Superb ini namun masa belum mengizinkan saya untuk bebuat demikian pada ketika itu. Walaubagaimanapun, di kelapangan yang ada saya tetap meneruskan niat saya untuk berkongsi dengan anda mengenai satu produk ubat jerawat yang telah saya guna lebih dari setahun yang lalu iaitu Dalacin T. Alhamdulillah, ianya sangat berkesan pada saya dan sehingga kini saya masih setia dengan produk yang sama. Pada ketika ini, jerawat sudah jarang singgah bermastautin di wajah saya sekaligus dapat saya rasakan kulit wajah saya sudah mulai bebas daripada jerawat jadi saya hanya menggunakannya apabila perlu sahaja. 
Sebelum itu, bagi anda yang masih belum membaca review saya mengenai pencuci muka khusus untuk menghapuskan jerawat, anda boleh singgah pada entri saya yang lalu iaitu Pencuci Muka "Superb" CETAPHIL. Saya juga adalah pengguna setia Cetaphil sejak lebih setahun yang lalu dan yakin ianya amat berkesan di wajah saya.
Baiklah, di sini saya ingin memperkenalkan kepada anda Ubat Jerawat "Superb" 
Dalacin T





Anda boleh dapatkan Dalacin T ini di farmasi yang berhampiran. Dijual pada harga RM40++ mengikut farmasi. Bagi saya harga yang ditawarkan amat berpatutan kerana ianya tahan lama serta kesannya yang superb. Jadi saya syorkan sekiranya anda mempunyai masalah jerawat pada wajah, anda bolehlah mencuba produk ini. Kesannya mungkin berbeza mengikut individu namun tidak salah untuk kita mencuba.
                                                                                                  


Sunday 20 April 2014

Resepi AYAM GORENG KUNYIT Special

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu semua, untuk entri pada kali ni saya ingin kongsikan satu lagi resepi yang simple dan special iaitu Ayam Goreng Kunyit. Dihujung minggu luangkan sedikit masa untuk memasak khusus untuk keluarga tersayang sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.


Bahan-bahan untuk memasak:
500g isi ayam (dipotong dadu)
serbuk kunyit
sos tiram
cuka
garam
5 biji cili padi (dihiris)
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
bawang besar (dimayang)
minyak masak (secukupnya)
Tambahan:
kacang panjang / kacang buncis
Cara Memasak:
Isi ayam yang telah dipotong dadu digaul bersama serbuk kunyit, garam, sos tiram dan sedikit cuka. Diperap selama 15 minit sebelum digoreng.
Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng ayam dengan menggunakan api sederhana. Masukkan ayam dan sedikit serbuk kunyit seterusnya goreng sehingga sedikit garing ( ikut citarasa masing-masing).
Dalam kuali yang lain, ambil minyak yang digunakan untuk mengoreng ayam tadi dan panaskan. (tambah minyak masak yang baru sekiranya tidak cukup). Masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumis sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan bawang besar yang telah siap dimayang dan cili padi. Sekiranya anda ingin masukkan tambahan sayuran boleh terus masukkan kacang panjang atau kacang buncis. ( Saya tidak masukkan sayuran tambahan). 
Seterusnya masukkan sedikit sos tiram. Gaul sebati. Siap dan boleh teruskan dihidangkan. 
Selamat Mencuba.


Thursday 17 April 2014

Resepi SAMBAL SOTONG Special

Untuk entri pada kali ini, saya ingin berkongsi resepi yang simple saja iaitu SAMBAL SOTONG. Sambal sotong yang saya sediakan ni merupakan salah satu menu kegemaran keluarga. Nak tahu keenakkan sambal sotong ni, anda bolehlah mencubanya.




Ok, jom tengok BAHAN-BAHAN untuk resepi ni..

500 g sotong (dibersihkan dan toskan)
10-15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bawang merah (dikisar)
2 sudu besar air asam jawa
Sos tiram (secukupnya)
Sos cili (secukupnya)
  Kicap (secukupnya)
Air (secukupnya)
Bahan perasa (secukupnya)
Garam dan gula (secukupnya)
1 labu bawang besar (dimayang)
Minyak utk menumis (secukupnya)


Cara MEMASAK:

Bersihkan sotong dan toskan.

Kisar cili kering (dibuang biji) bersama bawang merah dan air secukupnya.

Panaskan minyak di dalam kuali. Seterusnya, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga bau wangi dan pecah minyak. Letak air secukupnya.

Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap, air asam jawa secukupnya dan kacau rata. 

Masukkan sotong berserta garam, gula dan boleh juga dimasukkan sedikit bahan perasa sekiranya perlu. Biarkan mendidih. Masukkan pula bawang besar yang telah siap dimayang.

Apabila sotong yang dimasak sudah lembut, tutup api. Siap dan boleh terus dihidangkan.





Thursday 27 February 2014

Mak Andam | Makeup Artist (MUA) Utara

Salam sejahtera semua...

Entry pada kali ni, saya ingin berkongsi dengan anda khususnya bakal pengantin terutamanya dari  Utara tanah air yang masih tercari-cari Mak Andam yang kini lebih dikenali sebagai MUA iaitu Makeup Artist yang memberi servis mekap di rumah pengantin. MUA yang menyediakan servis mekap di rumah pengantin menjadi pilihan kebanyakkan bakal pengantin kerana ianya dilihat dapat memudahkan urusan bakal pengantin itu sendiri.

Untuk majlis yang bakal berlansung sama ada majlis pertunangan mahupun perkahwinan, sudah tentu kita mengharapkan agar dapat tampil jelita dengan tatarias wajah hasil sentuhan dari MUA yang berpengalaman. Di sini saya telah sediakan senarai MUA Utara dengan harapan dapat membantu serta memudahkan bakal pengantin untuk mendapatkan MUA pilihan hati untuk hari bahagia yang bakal menjelang tiba.


1. Nurulnabihan Pinksjetfuel make up~

2. Fynahereblog

3. NurulZaadah Juhari

4. Hidayah Ilyas

5. Ahie Feiha

6. Syafawani Othman

7. Nur Lyana

8. Nurul Evolution

9. Lily Oodin

10. Dinda Sygs

11. Asmira Norddin

12. Anis Atokman

13. Zulaiha Zulkifli 

14. Zuraihizza Rashid

15. Iera D'Touch Full

16. Farisya Umairah

17. Ku Nur Hanis


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda khususnya bakal pengantin.