recent posts

Friday 6 December 2013

Review Product: Pencuci Muka Jerawat "Superb" CETAPHIL

Salam sejahtera semua...

Terasa rindu menerpa diri setelah beberapa ketika terpaksa meninggalkan alam blogging ini buat sementara waktu. Sekembalinya saya ini untuk berkongsi satu produk yang telah saya cuba bagi menggantikan pencuci muka saya sebelum ini iaitu ACNE AID BAR setelah mendapat tahu ianya tidak sesuai digunakan oleh orang Muslim. Sejurus mendapat tahu tentang perkara ini, saya terus menghentikan penggunaannya sebagai pencuci muka harian.

Pada mulanya saya begitu runsing memikirkan produk baru bagi menggantikan Acne Aid Bar, saya juga ada bertanya kepada ahli farmasi untuk minta pendapat bagi mendapatkan pencuci muka yang bersesuaian seterusnya membaca review-review di blog berkaitan pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Review daripada rakan-rakan blogger banyak membantu sehingga saya begitu yakin dan memilih CETAPHIL (Oily Skin Cleanser).

Alhamdulillah, hasilnya membuatkan saya sangat berpuas hati dan saya yakin untuk mengekalkan produk Cetaphil (Oily Skin Cleanser) sebagai pencuci muka saya. Oleh itu, saya sarankan kepada anda yang mempunyai kulit muka berminyak dan berjerawat untuk mencuba pencuci muka ini (keberkesanannya bergantung kepada jenis kulit masing-masing), walaubagaimanapun tidak salah kalau kita cuba untuk  mendapatkan produk yang bersesuaian bagi memastikan kulit muka dalam keadaan baik.



**Dermatologist Recommended

Anda boleh dapatkan Cetaphil di Watson / Gurdian / Farmasi dengan harga RM 57/ 125ml (harga bergantung pada tempat jualan) 

*Suitable for oily, combination and acne-prone skin
*Ideal for facial use
*Significantly reduces sebum (skin oil) levels
*pH-balanced and soap-free
*Non-comedogenic (won't block pores)


Untuk pengetahuan anda, saya turut berkongsi mengenai satu produk ubat jerawat yang telah saya guna lebih dari setahun. Sangat mudah untuk digunakan ianya hanya perlu sapu/gosok pada tempat yang mempunyai masalah jerawat. Selanjutnya anda boleh ke entri Dalacin T Ubat Jerawat "Superb"


SELAMAT MENCUBA.


Saturday 21 September 2013

Majlis Pertunangan: Hantaran Majlis Pertunangan (DIY)

Hye semua :)
Untuk entry kali ni, saya ingin kongsikan tentang Hantaran (DIY) sempena Majlis Pertunangan saya yang lalu. Hantaran dari pihak lelaki sebanyak 5 dulang berbalas 7 dari pihak perempuan. Gubahan hantaran ini berkonsepkan "simple but nice" jadi saya cuba menerapkan konsep tersebut pada hantaran saya kali ini dengan sebaik mungkin. 
Alhamdulillah, bagi barang-barang untuk dijadikan hantaran pula hampir kesemuanya di sponsor oleh family dan juga saudara mara, saya hanya menempah home mades cupcakes yang comel dengan harga yang amat berpatutan.




Hantaran ketika 70% siap :)



















Saya juga ada berkongsi tentang Handbouquet (DIY), sekiranya anda belum berkesempatan untuk singgah di entry ringkas tu, jemputlah singgah di entry Handbouquet | Bunga Tangan untuk Majlis Pertunangan.



Thursday 5 September 2013

Hand Bouquet | Bunga Tangan (DIY) Untuk Majlis Pertunangan

Hye semua :)
Sudah lama rasanya jari jemari ini berehat dari menaip sebarang entry di blog, jadi ini adalah entry pertama saya setelah bergelar tunangan orang... terasa rindu untuk kembali berkongsi cerita di sini. Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi tentang Hand Bouquet atau Bunga Tangan yang telah saya hasilkan sendiri sempena Majlis Pertunangan saya yang lalu.

Walaupun terdapat pelbagai jenis ready made dan custom made Hand Bouquet di pasaran samada di kedai atau secara online namun Hand Bouquet yang dihasilkan sendiri ternyata mampu memberi kepuasan yang tersendiri. Bahan yang digunakan untuk membuat Hand Bouquet boleh dibeli di kedai bunga atau di kedai yang menjual kelengkapan perkahwinan. Kos bagi membuat Hand Bouquet pula bergantung pada jenis bunga yang dipilih. 






Inilah hasil gubahan saya untuk dijadikan Hand Bouquet.
Alhamdulillah, percubaan buat kali pertama yang memuaskan.




Kepada anda yang bakal melansung Majlis Pertunangan atau Perkahwinan, diharap entry pada kali ini mampu memberi inspirasi kepada anda dalam menghasilkan Hand Bouquet (DIY).



Wednesday 17 July 2013

Special Price: Inner Neck + Shawl ( Iryyn Fashion ) To Let Go

Salam Ramadan 
to all fashionistas  & Iryyn Fashion lovers.
Saya nak let go 1 DELISA SHAWL DUSTY PINK dan 1 INNER NECK MEDINA DUSTY PINK.

Reason To Let Go???

Warna kurang sesuai dengan baju yang bakal digayakan pada
Majlis Pertunangan yang bakal berlansung nanti.

**Just pernah pakai untuk try sahaja**


DELISA SHAWL DUSTY PINK (SOLD OUT)
Normal Price : RM 29 (M) not include postage

SPECIAL PRICE !!!
RM 25
+
FREE POSTAGE

Material: 
High Quality Chiffon Georgette
Size:
 Medium 
Measurement
Length : 2.0m
Width : 0.5m 



INNER NECK MEDINA DUSTY PINK (SOLD OUT)
Normal Price : RM 29 not include postage

SPECIAL PRICE !!!
RM 25
+
FREE POSTAGE

Material: 
Lycra
Size: 
Free size



Terms & Conditions

 *Please note that colors may differ slightly due to lighting and different screen resolutions.
*Please make sure to settle the payment within 24 hours. Just PM me if you need extra time to make the payment.
*Please attach resit or transaction details for payment confirmation before we can proceed your order.
*Items sold are non-refundable. We will not be liable for any damages or losses during the delivery of the items.
**Thank you for your cooperation.


PM me if interested :)

FB Page 

| Serious buyer only | Thank you |






Wednesday 10 July 2013

Inspirasi Cincin Tunang

Hye semua :)

Pelbagai design cincin yang terdapat di pasaran, namun beberapa design cincin batu permata menarik perhatian saya untuk jadikan inspirasi dalam pemilihan cincin tunang. Walaubagaimanapun, cincin emas masih menjadi pilihan utama saya dan berkemungkinan cincin emas putih menjadi pilihan ketika majlis perkahwinan.


Cincin Baju Permata








| 29062013 |


Wednesday 3 July 2013

Cara Pemilihan Warna Pakaian Mengikut Hari

Hye semua :)

Untuk hari ini saya nak berkongsi sedikit info dengan anda
 Cara Pemilihan Warna Pakaian Mengikut Hari.

Difahamkan bahawa warna pakaian memainkan peranan dalam mempengaruhi keterampilan dan mood seseorang. Berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu membuatkan kita menarik keceriaan, kebahagian, kemakmuran, kejayaan dan kekayaan dalam hidup.

Moga perkongsian ini bermanfaat :)


Terima Kasih Nuffnang

Hye semua :)
Moga sentiasa berada di bawah lindungan-Nya..

Alhamdulillah, rezeki dari-Nya dipermulaan bulan Julai semperna Ramadhan yang bakal tiba. Cpuv ke-5 iaitu daripada Suruhanjaya Pilihanraya setelah kempen Ikea-Kitchen FY2013 melabuhkan tirai.

Terima Kasih Nuffnang :)



Nak tahu apa Pesanan SPR Malaysia Kepada Rakyat Malaysia?
Klik iklan SPR yang berlegar-legar di blog ini, terdapat banyak info yang bakal diperoleh..



Moga iklan SPR akan melekat lama di blog ini.




Thursday 27 June 2013

Majlis Pertunangan: Warna Tema | Kombinasi Pink dan Biru



Hye semua :)

Tema bagi majlis pertunangan yang bakal berlansung diinspirasikan hasil kombinasi warna pink dan biru. Yang pastinya pemilihan warna tema berdasarkan warna-warna pastel yang menjadi pilihan utama kami. Kombinasi warna pastel antara pink dan biru dilihat mampu membangkitkan mood ceria :)


| Inspirasi Warna Tema |









Friday 21 June 2013

Review Product: Pure BB Mineral Maybelline | BB Mousse

Hye semua...

Rasanya dah lama sangat saya tak update tentang review produk. Ok, untuk hari ni saya akan review secara ringkas salah satu daripada produk yang saya guna sebagai asas solekan iaitu Pure BB Mineral Maybelline. Dah lama dah sebenarnya produk ni ada di pasaran tapi bagi yang belum pernah bertentang mata lagi dengan salah satu produk keluaran Maybelline ni, jom sama-sama tengok gambar di bawah. 


Pure BB Mineral Maybelline | BB Mousse







Ini pula antara kelebihan yang terdapat dalam Pure BB Mineral Maybelline.





Review:

Strukturnya sangat lembut dan ringan seakan-akan buih.
Sesuai untuk semua jenis kulit khususnya kulit berminyak dan berjerawat.
Mengandungi SPF30/PA+++ yang membantu melindungi sinaran ultraungu (UV)
Sapuan sebagai asas solekan mampu menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit wajah.


Bagi yang ingin mencuba produk ni, boleh dapatkannya di Watson/Gurdian. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.





Monday 17 June 2013

Checklist untuk Majlis Pertunangan

Hye semua :)

Setiap majlis yang bakal berlansung, sudah tentu kita ingin memastikan semuanya serba lengkap dalam setiap hal dan berjalan dengan lancar. Saya yakin setiap daripada kita turut mengharapkan benda yang sama ketika majlis berlansung. Untuk memudahkan setiap urusan diselesaikan satu per satu, penyediaan checklist adalah satu langkah terbaik sebagai persediaan awal untuk membuat persiapan dalam menguruskan sesuatu majlis. Saya juga turut membuat checklist sempena majlis pertunangan yang bakal tiba. Moga ianya juga dapat memberi sedikit panduan khususnya bagi pihak perempuan sempena hari pertunangan.




Checklist untuk Majlis Pertunangan

Baju
Veil
Tudung
Make-up
Mini Pelamin
Photographer
Hand Bouquet
Barang Hantaran
Dulang Hantaran
Props & Bubble Talk
Jemputan Para Tetamu
Hidangan Para Tetamu


Checklist di atas adalah yang disediakan oleh saya, walaubagaimanapun setiap daripada kita sudah tentu mempunyai bajet masing-masing sempena hari pertunangan. Anda boleh sesuaikan checklist mengikut bajet dan utamakan sesuatu yang penting terlebih dahulu berbanding hal-hal sampingan serta cuba elakkan daripada berlakunya pembaziran.





Saturday 15 June 2013

Teaser Props Majlis Pertunangan/Perkahwinan (DIY)

Hye semua :)
Moga berada dalam keadaan sihat...
Untuk entri kali ini, hanya untuk kongsikan lakaran yang telah saya siapkan ketika dalam proses menghasilkan props hasil tangan sendiri menjelang hari bahagia yang bakal menjelang tiba. Masih lagi belajar untuk menghasilkan props mengikut trend terkini.

Inilah hasil lakaran props yang telah saya siapkan.
Hasil yang tidak seberapa, masih banyak yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.





Jika diizinkan oleh-Nya, sedikit masa lagi saya akan cuba siapkan props ini sepenuhnya selain turut bercadang untuk membuat bubble talk sendiri juga.