recent posts

Thursday 23 April 2015

Tarikan Hannah Cookies Coffee House

Assalamualaikum.
Untuk yang berada di utara tanah air khususnya di Perlis. Jangan lepaskan peluang untuk singgah di Hannah Cookies Coffee House. Di sana anda boleh menikmati  Western Food pelbagai jenis coffee serta dessert yang sangat best.

Inilah antara menu yang kami pilih.


Salmon


Grill Meatball


Creme Brulee



Harga yang ditawarkan di cafe ini juga berpatutan. 
Hannah Cookies Coffee House berada di Jalan Kaki Bukit, Perlis.



Friday 4 July 2014

Choco Brownies

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa.
Beberapa hari sebelum bulan Ramadhan menjelang, saya ada menerima tempahan Choco Brownies.  Pada mulanya, saya hanya sekadar berkongsi gambar brownies yang telah siap saya buat di laman sosial Instagram dan seorang kenalan menyatakan hasrat untuk menempah. Ketika itu saya anggap ianya sekadar gurauan namun pada keesokan harinya saya menerima kiriman whatsapp dari kenalan tersebut menyatakan dia serius untuk membuat tempahan. Kenalan saya itu ada menjalankan perniagaan iaitu menawarkan khidmat sewaan pelamin, gubahan bunga tangan, gubahan hantaran, candy buffet untuk majlis perkahwinan, sambuatan ulang tahun dan lain-lain majlis.
 Rasa teruja apabila kenalan saya membuat tempahan sempena sambutan ulang tahun kelahiran yang menggunakan khidmatnya untuk menyediakan candy buffet. Ini adalah cubaan kali pertama saya untuk menjual brownies yang pada kebiasaanya dibuat untuk santapan keluarga.


Saya mendapat feedback melalui whatsapp katanya sedap, tak sempat nak letak di candy buffet table dah abis. Alhamdulillah, syukur sangat bila brownies saya dapat sambutan yang menggalakkan. 

Terima kasih kak Noney sudi tempah.