recent posts

Thursday 27 June 2013

Majlis Pertunangan: Warna Tema | Kombinasi Pink dan Biru



Hye semua :)

Tema bagi majlis pertunangan yang bakal berlansung diinspirasikan hasil kombinasi warna pink dan biru. Yang pastinya pemilihan warna tema berdasarkan warna-warna pastel yang menjadi pilihan utama kami. Kombinasi warna pastel antara pink dan biru dilihat mampu membangkitkan mood ceria :)


| Inspirasi Warna Tema |









Friday 21 June 2013

Review Product: Pure BB Mineral Maybelline | BB Mousse

Hye semua...

Rasanya dah lama sangat saya tak update tentang review produk. Ok, untuk hari ni saya akan review secara ringkas salah satu daripada produk yang saya guna sebagai asas solekan iaitu Pure BB Mineral Maybelline. Dah lama dah sebenarnya produk ni ada di pasaran tapi bagi yang belum pernah bertentang mata lagi dengan salah satu produk keluaran Maybelline ni, jom sama-sama tengok gambar di bawah. 


Pure BB Mineral Maybelline | BB Mousse







Ini pula antara kelebihan yang terdapat dalam Pure BB Mineral Maybelline.





Review:

Strukturnya sangat lembut dan ringan seakan-akan buih.
Sesuai untuk semua jenis kulit khususnya kulit berminyak dan berjerawat.
Mengandungi SPF30/PA+++ yang membantu melindungi sinaran ultraungu (UV)
Sapuan sebagai asas solekan mampu menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit wajah.


Bagi yang ingin mencuba produk ni, boleh dapatkannya di Watson/Gurdian. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.





Monday 17 June 2013

Checklist untuk Majlis Pertunangan

Hye semua :)

Setiap majlis yang bakal berlansung, sudah tentu kita ingin memastikan semuanya serba lengkap dalam setiap hal dan berjalan dengan lancar. Saya yakin setiap daripada kita turut mengharapkan benda yang sama ketika majlis berlansung. Untuk memudahkan setiap urusan diselesaikan satu per satu, penyediaan checklist adalah satu langkah terbaik sebagai persediaan awal untuk membuat persiapan dalam menguruskan sesuatu majlis. Saya juga turut membuat checklist sempena majlis pertunangan yang bakal tiba. Moga ianya juga dapat memberi sedikit panduan khususnya bagi pihak perempuan sempena hari pertunangan.




Checklist untuk Majlis Pertunangan

Baju
Veil
Tudung
Make-up
Mini Pelamin
Photographer
Hand Bouquet
Barang Hantaran
Dulang Hantaran
Props & Bubble Talk
Jemputan Para Tetamu
Hidangan Para Tetamu


Checklist di atas adalah yang disediakan oleh saya, walaubagaimanapun setiap daripada kita sudah tentu mempunyai bajet masing-masing sempena hari pertunangan. Anda boleh sesuaikan checklist mengikut bajet dan utamakan sesuatu yang penting terlebih dahulu berbanding hal-hal sampingan serta cuba elakkan daripada berlakunya pembaziran.





Saturday 15 June 2013

Teaser Props Majlis Pertunangan/Perkahwinan (DIY)

Hye semua :)
Moga berada dalam keadaan sihat...
Untuk entri kali ini, hanya untuk kongsikan lakaran yang telah saya siapkan ketika dalam proses menghasilkan props hasil tangan sendiri menjelang hari bahagia yang bakal menjelang tiba. Masih lagi belajar untuk menghasilkan props mengikut trend terkini.

Inilah hasil lakaran props yang telah saya siapkan.
Hasil yang tidak seberapa, masih banyak yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.





Jika diizinkan oleh-Nya, sedikit masa lagi saya akan cuba siapkan props ini sepenuhnya selain turut bercadang untuk membuat bubble talk sendiri juga.