recent posts

Friday, 6 December 2013

Review Product: Pencuci Muka Jerawat "Superb" CETAPHIL

Salam sejahtera semua...

Terasa rindu menerpa diri setelah beberapa ketika terpaksa meninggalkan alam blogging ini buat sementara waktu. Sekembalinya saya ini untuk berkongsi satu produk yang telah saya cuba bagi menggantikan pencuci muka saya sebelum ini iaitu ACNE AID BAR setelah mendapat tahu ianya tidak sesuai digunakan oleh orang Muslim. Sejurus mendapat tahu tentang perkara ini, saya terus menghentikan penggunaannya sebagai pencuci muka harian.

Pada mulanya saya begitu runsing memikirkan produk baru bagi menggantikan Acne Aid Bar, saya juga ada bertanya kepada ahli farmasi untuk minta pendapat bagi mendapatkan pencuci muka yang bersesuaian seterusnya membaca review-review di blog berkaitan pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Review daripada rakan-rakan blogger banyak membantu sehingga saya begitu yakin dan memilih CETAPHIL (Oily Skin Cleanser).

Alhamdulillah, hasilnya membuatkan saya sangat berpuas hati dan saya yakin untuk mengekalkan produk Cetaphil (Oily Skin Cleanser) sebagai pencuci muka saya. Oleh itu, saya sarankan kepada anda yang mempunyai kulit muka berminyak dan berjerawat untuk mencuba pencuci muka ini (keberkesanannya bergantung kepada jenis kulit masing-masing), walaubagaimanapun tidak salah kalau kita cuba untuk  mendapatkan produk yang bersesuaian bagi memastikan kulit muka dalam keadaan baik.



**Dermatologist Recommended

Anda boleh dapatkan Cetaphil di Watson / Gurdian / Farmasi dengan harga RM 57/ 125ml (harga bergantung pada tempat jualan) 

*Suitable for oily, combination and acne-prone skin
*Ideal for facial use
*Significantly reduces sebum (skin oil) levels
*pH-balanced and soap-free
*Non-comedogenic (won't block pores)


Untuk pengetahuan anda, saya turut berkongsi mengenai satu produk ubat jerawat yang telah saya guna lebih dari setahun. Sangat mudah untuk digunakan ianya hanya perlu sapu/gosok pada tempat yang mempunyai masalah jerawat. Selanjutnya anda boleh ke entri Dalacin T Ubat Jerawat "Superb"


SELAMAT MENCUBA.


23 comments:

S. Faezah said...

eyh npe acne aid xleyh pakai? nak tau gakk..

Hanis Izzati Hasbullah said...

@S.Faezah: mula2 ada yg share psl acne aid tu, utk kepastian sy tnya ahli farmasi and terbaca note di watson yg menyatakan ada sejenis bahan dlm acne aid tu menyebabkan ianya tidak sesuai digunakan oleh Muslim..

Nurhayatii Hamidd said...

Assalamualaikumm.. akakk still adee juall lagii keaa? Cetaphil tu?

Hanis Izzati Hasbullah said...

@Nurhayatii: akak just review produk ni, boleh beli kat watson/gurdian.

Nurhayatii Hamidd said...

Oo.. thankss.. pic atass uhh picc akak eh? Cantekk orgnyaa,..

Hanis Izzati Hasbullah said...

Alhamdulillah...terima kasih :)

Nurhayatii Hamidd said...

Sama2..

Nurhayatii Hamidd said...

*kalau baru guna

zatyyshuu said...

Salam boleh sy tny?? Still guna lagi crtaphil?? Dlm kandungan cetaphil ada steryl alcohol. Alcohol tu cmne ea,,ssuai ke prg muslim pakai? Maaf bertanya :-)

Nurhayatii Hamidd said...

Tpi kan dye bkn alcool yg btul sgt kan . Still buley guna bgi muslim . Maaf klau slah keterangan .

Anonymous said...

sama tak cetaphil normal skin cleanser dan cetaphil oily skin cleanser? saya pakai yg normal tp mcm takde ape ape effect. jerawat still naik.

zatyyshuu said...

Tq for the info and sharing! Hehe

Anonymous said...

tak sama ...
kalau muka jerawat n nk sembuh
saya suggest pkai yg oily cleanser punyer ...
mmg bagus hasilnya ...
sangat 3900x bagos ..!!!! ^^

Anonymous said...

tak sama ...
kalau muka jerawat n nk sembuh
saya suggest pkai yg oily cleanser punyer ...
mmg bagus hasilnya ...
sangat 3900x bagos ..!!!! ^^

Hanis Izzati Hasbullah said...

Tq pada yang bertanya dan yg sudi menjawab. Sy sibuk sejak kebelakangan ni dan tak dpt aktif blogging seperti sblm ni. Sehingga kini sy masih lg menjadi pengguna setia cetaphil oily skin cleanser untuk merawat jerawat.

Anonymous said...

Kalau saya kulit normal xde jerawat..cuma ada bintik2 hitam degil boleh pakai cetaphil juga tak?..

Hanis Izzati Hasbullah said...

Boleh try dulu..sy pun xpasti berkesan ke tak utk bintik2 hitam..

Lola said...

Kak, sy pn tgh pkai cetaphil skang. Tpi blur ckitlah dgn cra penggunaannya. Nak pkai klau muka tak basah or pkai mcm pncuci mka biasa? Serius blurr -.-

Hanis Izzati Hasbullah said...

Hi Lola. Kak pakai mcm biasa saja :)

Lola said...

Oh okk. Hehe tq kak :)

Hanis Izzati Hasbullah said...

my pleasure :)

danisha said...

Hai sis
Muka saya jadi redness bila pakai cetphil, ok ke..so saya stop penggunaan tu

t Kecikk said...

kalau saya nak pakai cetaphil oily cleanser hanya kerana muka saya berminyak, takpe ke? muka saya sangat berminyak plus ada jerawat pasir di dahi. elok ke? produk ni ada bahan kimia tak? saya jenis takut nak cuba sesuatu produk.