recent posts

Friday 6 December 2013

Review Product: Pencuci Muka Jerawat "Superb" CETAPHIL

Salam sejahtera semua...

Terasa rindu menerpa diri setelah beberapa ketika terpaksa meninggalkan alam blogging ini buat sementara waktu. Sekembalinya saya ini untuk berkongsi satu produk yang telah saya cuba bagi menggantikan pencuci muka saya sebelum ini iaitu ACNE AID BAR setelah mendapat tahu ianya tidak sesuai digunakan oleh orang Muslim. Sejurus mendapat tahu tentang perkara ini, saya terus menghentikan penggunaannya sebagai pencuci muka harian.

Pada mulanya saya begitu runsing memikirkan produk baru bagi menggantikan Acne Aid Bar, saya juga ada bertanya kepada ahli farmasi untuk minta pendapat bagi mendapatkan pencuci muka yang bersesuaian seterusnya membaca review-review di blog berkaitan pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Review daripada rakan-rakan blogger banyak membantu sehingga saya begitu yakin dan memilih CETAPHIL (Oily Skin Cleanser).

Alhamdulillah, hasilnya membuatkan saya sangat berpuas hati dan saya yakin untuk mengekalkan produk Cetaphil (Oily Skin Cleanser) sebagai pencuci muka saya. Oleh itu, saya sarankan kepada anda yang mempunyai kulit muka berminyak dan berjerawat untuk mencuba pencuci muka ini (keberkesanannya bergantung kepada jenis kulit masing-masing), walaubagaimanapun tidak salah kalau kita cuba untuk  mendapatkan produk yang bersesuaian bagi memastikan kulit muka dalam keadaan baik.



**Dermatologist Recommended

Anda boleh dapatkan Cetaphil di Watson / Gurdian / Farmasi dengan harga RM 57/ 125ml (harga bergantung pada tempat jualan) 

*Suitable for oily, combination and acne-prone skin
*Ideal for facial use
*Significantly reduces sebum (skin oil) levels
*pH-balanced and soap-free
*Non-comedogenic (won't block pores)


Untuk pengetahuan anda, saya turut berkongsi mengenai satu produk ubat jerawat yang telah saya guna lebih dari setahun. Sangat mudah untuk digunakan ianya hanya perlu sapu/gosok pada tempat yang mempunyai masalah jerawat. Selanjutnya anda boleh ke entri Dalacin T Ubat Jerawat "Superb"


SELAMAT MENCUBA.