recent posts

Thursday, 17 April 2014

Resepi SAMBAL SOTONG Special

Untuk entri pada kali ini, saya ingin berkongsi resepi yang simple saja iaitu SAMBAL SOTONG. Sambal sotong yang saya sediakan ni merupakan salah satu menu kegemaran keluarga. Nak tahu keenakkan sambal sotong ni, anda bolehlah mencubanya.




Ok, jom tengok BAHAN-BAHAN untuk resepi ni..

500 g sotong (dibersihkan dan toskan)
10-15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bawang merah (dikisar)
2 sudu besar air asam jawa
Sos tiram (secukupnya)
Sos cili (secukupnya)
  Kicap (secukupnya)
Air (secukupnya)
Bahan perasa (secukupnya)
Garam dan gula (secukupnya)
1 labu bawang besar (dimayang)
Minyak utk menumis (secukupnya)


Cara MEMASAK:

Bersihkan sotong dan toskan.

Kisar cili kering (dibuang biji) bersama bawang merah dan air secukupnya.

Panaskan minyak di dalam kuali. Seterusnya, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga bau wangi dan pecah minyak. Letak air secukupnya.

Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap, air asam jawa secukupnya dan kacau rata. 

Masukkan sotong berserta garam, gula dan boleh juga dimasukkan sedikit bahan perasa sekiranya perlu. Biarkan mendidih. Masukkan pula bawang besar yang telah siap dimayang.

Apabila sotong yang dimasak sudah lembut, tutup api. Siap dan boleh terus dihidangkan.





6 comments:

permatabiru said...

favorite saya nie..sedapnya,..

Juju Jasmy said...

sedap2..nak try buat lh..thanks cik ti..hehehe..
~ juju shaklee~

Farah Waheda Wahid said...

one of my favourite ni...

Hanis Izzati Hasbullah said...

@permatabiru: terima kasih sudi singgah,selamat mencuba :)

Hanis Izzati Hasbullah said...

@jujujasmy:ok, sama2. terima kasih sudi singgah sini..selamat mencuba:)

Hanis Izzati Hasbullah said...

@farah waaheda wahid: terima kasih sudi singgah sini. selamat mencuba :)