recent posts

Sunday 20 April 2014

Resepi AYAM GORENG KUNYIT Special

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu semua, untuk entri pada kali ni saya ingin kongsikan satu lagi resepi yang simple dan special iaitu Ayam Goreng Kunyit. Dihujung minggu luangkan sedikit masa untuk memasak khusus untuk keluarga tersayang sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.


Bahan-bahan untuk memasak:
500g isi ayam (dipotong dadu)
serbuk kunyit
sos tiram
cuka
garam
5 biji cili padi (dihiris)
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
bawang besar (dimayang)
minyak masak (secukupnya)
Tambahan:
kacang panjang / kacang buncis
Cara Memasak:
Isi ayam yang telah dipotong dadu digaul bersama serbuk kunyit, garam, sos tiram dan sedikit cuka. Diperap selama 15 minit sebelum digoreng.
Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng ayam dengan menggunakan api sederhana. Masukkan ayam dan sedikit serbuk kunyit seterusnya goreng sehingga sedikit garing ( ikut citarasa masing-masing).
Dalam kuali yang lain, ambil minyak yang digunakan untuk mengoreng ayam tadi dan panaskan. (tambah minyak masak yang baru sekiranya tidak cukup). Masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumis sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan bawang besar yang telah siap dimayang dan cili padi. Sekiranya anda ingin masukkan tambahan sayuran boleh terus masukkan kacang panjang atau kacang buncis. ( Saya tidak masukkan sayuran tambahan). 
Seterusnya masukkan sedikit sos tiram. Gaul sebati. Siap dan boleh teruskan dihidangkan. 
Selamat Mencuba.


2 comments:

mak amsyar said...

Sis bila dah perap dgn sos tiram tu masa goreng lekat x kat kuali

Izzati Hasbullah said...

Iya, bila perap dgn sos tiram akan lekat kat kuali.. letak minyak secukupnya dan guna api sederhana.