recent posts

Tuesday, 5 March 2013

Resepi RENDANG DAGING Special

What's Cooking Sticker - Baker Lady

Assalamualaikum. Hye hye uollsss. Siapa suka rendang daging? angkat kening..hehe..gurau aje:). Saya nak kongsi resepi RENDANG DAGING SPECIAL. Apa yang "special" sangat rendang daging ni? Sebenarnya salah satu  ramuan untuk masak rendang daging ni yang agak special sebab gunakan rempah kurma, pada kebiasaannya akan guna rempah kari untuk masak rendang. Ok, itu saja. Nak tau lagi apa yang "special", boleh cuba resepi ni dan rasai sendiri keenakannya.


Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan untuk masak rendang ni :)


1/2 kg daging (dipotong kecil)
2 sb rempah kurma
2 sb kerisik
minyak secukupnya
santan (1/2 kelapa)
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa



Ok ni pula untuk BAHAN KISAR :)

1 ulas bawang merah (besar)
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 cm halia
1 cm lengkuas
3-4 biji cili kering
**saya guna cili giling ready made jer jadi tak perlu kisar sekali



Tambahan untuk BAHAN HIRIS
     **ikut citarasa masing-masing ( saya tak masukkan)       

1-2 helai daun limau purut
1/2 helai daun kunyit 

Sekarang tibalah masa untuk kita sediakan menu ni. Jom kita memasak :) 

- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kurma dan kacau- kacau lagi hingga naik bau.


- Masukkan daging, kacau dan masukkan santan. Masak dengan api sederhana. Tambahkan garam, gula, sedikit air asam jawa dan teruskan mengacau.


- Kemudian masukkan kerisik dan masukkan bahan hirisan untuk naikkan bau **saya tak masukkan bahan hirisan, yang ni ikut citarasa masing-masing


- Kacau dan biarkan sehingga daging empuk. Siap untuk di hidangkan.



**Gambar Hiasan


Selamat Mencuba:)

Thank you Round Sticker




4 comments:

Farah Hanis said...

Rindunya nak balik kampung makan rendang.

Hanis Izzati Hasbullah said...

Nanti try la masak rendang ni. sedap taw :)

Anonymous said...

Sedap ke masak rendang kurma

Hanis Izzati Hasbullah said...

Sedap...Rendang ni walaupun masukkan rempah kurma tapi tak rasa mcm rendang kurma..hasilnya mcm rendang yg selalu dimakan..selamat mencuba :)