recent posts

Wednesday 17 April 2013

Kini Tampil Lebih Segar "BLOG BERWAJAH BARU"



Hye semua 

Sepanjang minggu lalu, banyak masa telah dihabiskan untuk membuat perubahan pada blog agar kelihatan lebih ringkas dan padat. Perubahan yang dilakukan adalah secara berperingkat memandangkan saya juga masih belajar untuk membuat perubahan coding pada template. Masih mengekalkan warna tema blog yang sama iaitu warna pastel dengan kombinasi warna soft pink, soft blue dan juga mint. Kini blog saya tampil lebih segar berwajah baru.






Dapat dilihat hampir 90% berlakunya perubahan pada blog namun saya masih mengekalkan header yang sama seperti asal memandangkan saya sendiri yang menghasilkan header tersebut. Tambahan dibuat pada bahagian bawah header dengan meletakkan doodle yang berkonsepkan "header doodle dalam taman". Pemilihan background yang baru pula dilihat bersesuaian dengan kematangan usia pemilik blog berbanding background yang digunakan sebelum ini.



Background (Sebelum)



Background (Selepas)



Tab Menu yang baru juga dilihat bersesuaian dengan perubahan blog disertakan juga pertambahan menu iaitu ruangan tutorial. Tutorial akan dibuat secara berperingkat dari semasa ke semasa mengikut kelapangan. Kedudukan widget yang digunakan pada sidebar adalah lebih ringkas dan menjimatkan ruang walaupun berlaku pertambahan item di ruangan sidebar namun ianya masih kelihatan kemas dan teratur. 



Tab Menu (Baru)


Slide


Tabbed 
List dibuat pada setiap page bagi memudahkan reader untuk memilih tajuk entry yang diinginkan secara tidak lansung ianya bertujuan agar reader berpuas hati dengan teknik persembahan blog dan selesa berkunjung ke blog ini.






Sebarang perubahan lain pada blog akan dilakukan dari semasa ke semasa. Diharapkan dengan tampilya blog saya yang berwajah baru, menarik minat anda untuk terus berkunjung ke sini.









No comments: