recent posts

Tuesday, 14 May 2013

Review Product: Sabun Jerawat "Superb" | ACNE AID BAR

Assalamualaikum.
Hye semua..

UNTUK PENGETAHUAN ANDA, SAYA TIDAK LAGI MENGGUNAKAN PRODUK INI SETELAH TAHU IANYA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN BG MUSLIM DAN TELAH LAMA BERTUKAR KEPADA PRODUK BARU.

JERAWAT?? 
Betapa ngerinya apabila ianya singgah untuk bermastautin di muka, tidak kiralah lelaki mahupun wanita pasti mengalami tekanan dengan hadirnya jerawat. Hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang lain apatah lagi untuk bertemu si idaman hati. Betul tak? Adakah anda juga turut mengalami masalah ini? 
Ingin saya kongsikan di sini, suatu ketika dahulu saya juga turut mengalami masalah yang sama, walaupun masalah yang saya hadapi tidaklah terlalu serius namun rasa malu, kurang yakin sering membelenggu diri. Saya telah mencuba pelbagai produk yang berada di pasaran dari harga belasan ringgit hinggalah ke ratusan ringgit namun hasilnya tidak memuaskan hati, jerawat datang silih berganti. Mungkin produk tersebut tidak sesuai dengan kulit saya. Sehinggalah saya berjumpa dengan satu produk yang saya rasakan ianya sangat membantu untuk menghapuskan jerawat. Produk tersebut ialah sabun ACNE AID


Untuk pengetahuan anda, saya masih menggunakan produk ni hingga ke hari ini setelah saya rasakan ianya berkesan. Anda pernah tahu tentang produk ni? Ok, di sini saya ingin kenal-kenalkan anda dengan produk yang "superb" ni.


Sabun Acne Aid ni didatangkan seperti sabun buku yang lain jadi sekiranya anda ingin berjimat seperti saya, anda perlulah potong kecil-kecil lebih kurang tiga bahagian. Produk ni membantu membersihkan kulit terutamanya untuk kulit berjerawat dan berminyak. Apa yang penting saya nak kongsikan juga  Sabun Acne Aid ni tidak mengandungi bahan pewangi, pewarna atau pengakis serta boleh digunakan dengan selamat dengan ubat-ubatan yang lain. InsyaAllah. Ianya boleh digunakan berulang kali sekiranya kulit sangat berminyak, jadi bolehlah guna 2-3 kali sehari seperti anda menggunakan pencuci muka lain.
Nak tahu dekat mana boleh dapatkan produk ni? Ok, sebenarnya produk ni boleh dapatkan di Watson ataupun Gurdian dan mungkin juga dijual di farmasi. Bab harga pula, anda tak perlu risau sebabnya harga yang ditawarkan adalah harga mampu milik iaitu RM 14.50 (bergantung pada tempat jualan).
Nak tengok keberkesanan produk ni? Saya syorkan anda mencubanya terlebih dahulu, dari situ anda sendiri mampu untuk menilainya. Keberkesanan sesuatu produk yang digunakan bergantung pada kesesuaian kulit. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan keadaan kulit muka saya sekarang dan kini kembali tampil dengan lebih yakin. 
Untuk anda yang mengalami masalah jerawat dan masih lagi buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya, saya harap dengan apa yang telah saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk menyelesaikannya. Jumpa lagi untuk entri yang akan datang, saya juga akan kongsikan mengenai ubat jerawat yang saya gunakan bersama sabun Acne Aid ini. 


15 comments:

Nurul Ain Zulkarnaind said...

menariks

Iehah Farihah said...

thank share... boleh try ni..kulit muka saya rajin naik jerawat time datang uzur..tension jugak kadang..

Hanis Izzati Hasbullah said...

ur welcome dear :) boleh try sabun ni, InsyaAllah...berkesan...sy dlu pn cmtu jugak..

Cik Nas :) said...

first time dengar..nak carilah..nice review ^^

Hanis Izzati Hasbullah said...

ok, thanks cik nas sudi singgah sini..selamat mencuba :)

Nana Liena said...

1st time juga dengar..hehe.. selama ni kta guna avon pnya.. tak tahu ada produk lain

Hanis Izzati Hasbullah said...

Ouh, nana guna avon ye...maybe avon sesuai dgn kulit nana...sy xpnh try lg avon...skrg just pakai soap ni ja as pencuci muka...

hidayahjaffri said...

salam..sy pon guna nie! berkesan sgt :)

sirfaisol said...

Salam..sorry just nk share. Hari tu tgk di guardian product ni ada gelatine haiwan yg x dibenarkan. Guardian ada letak notis baru2 ni.better check blk dgn guardian

Hanis Izzati Hasbullah said...

@HidayahJaffri: Salam... skrg sy dah stop pkai produk ni and jumpa new produk yg sesuai untuk jerawat same like this..

Hafiz Sahir said...

Apa product yg baru awak pakai tu?

Hafiz Sahir said...

Apa product yg baru awak pakai tu?

Hanis Izzati Hasbullah said...

@Hafiz Sahir: Ni produk yang saya guna sekarang http://izzatihasbullah.blogspot.com/2013/12/review-product-pencuci-muka-jerawat.html

Anonymous said...

rasanya sabun ni tak halal sebab ada procine (lemak babi) sila double check dulu.

Hanis Izzati Hasbullah said...

Iya, sy sekarang guna produk lain setelah tahu produk ni tak boleh digunakan bg Muslim.