recent posts

Monday, 5 May 2014

Review Product: Dalacin T Ubat Jerawat "Superb"

                                                                                                


Salam 1 Malaysia..
Dah lama sebenarnya saya memendam hasrat untuk menulis satu entri mengenai Ubat Jerawat Superb ini namun masa belum mengizinkan saya untuk bebuat demikian pada ketika itu. Walaubagaimanapun, di kelapangan yang ada saya tetap meneruskan niat saya untuk berkongsi dengan anda mengenai satu produk ubat jerawat yang telah saya guna lebih dari setahun yang lalu iaitu Dalacin T. Alhamdulillah, ianya sangat berkesan pada saya dan sehingga kini saya masih setia dengan produk yang sama. Pada ketika ini, jerawat sudah jarang singgah bermastautin di wajah saya sekaligus dapat saya rasakan kulit wajah saya sudah mulai bebas daripada jerawat jadi saya hanya menggunakannya apabila perlu sahaja. 
Sebelum itu, bagi anda yang masih belum membaca review saya mengenai pencuci muka khusus untuk menghapuskan jerawat, anda boleh singgah pada entri saya yang lalu iaitu Pencuci Muka "Superb" CETAPHIL. Saya juga adalah pengguna setia Cetaphil sejak lebih setahun yang lalu dan yakin ianya amat berkesan di wajah saya.
Baiklah, di sini saya ingin memperkenalkan kepada anda Ubat Jerawat "Superb" 
Dalacin T





Anda boleh dapatkan Dalacin T ini di farmasi yang berhampiran. Dijual pada harga RM40++ mengikut farmasi. Bagi saya harga yang ditawarkan amat berpatutan kerana ianya tahan lama serta kesannya yang superb. Jadi saya syorkan sekiranya anda mempunyai masalah jerawat pada wajah, anda bolehlah mencuba produk ini. Kesannya mungkin berbeza mengikut individu namun tidak salah untuk kita mencuba.
                                                                                                  


40 comments:

Mieza Everdeen said...

saya pernah pakai Dalacin T ni, kawan baik yang suggest sebab dia pernah guna. awal2 memang berkesan tapi lepas setahun pakai, kulit saya jadi immune pastu tak berkesan sangat dah. tapi memang superb la Dalacin T ni sebab ramai kawan pakai, semua kata bagus. tak salah mencuba kan :) selain Dalacin T, antara pimple solution yang bagus saya dah cuba ialah Ciracle Pimple Solution Pink Powder dengan produk Mario Badescu.

www.archereverdeen.com

Hanis Izzati Hasbullah said...

@Mieza: thanks Mieza sudi singgah n share pengalaman awak. Bagi saya keberkesanan sesuatu produk bergantung pada individu. Alhamdulillah, setelah setahun lebih sy masih setia dengan pencuci muka Cetaphil dan ubat jerawat Dalacin T,kulit wajah saya semakin bebas daripada jerawat :)

Rohaiza Abd Rahman said...

assalamualaikum..klu dah guna pencuci dan ubat jrwat ni, perlu tak kita pakai day cream harian kita?

Hanis Izzati Hasbullah said...

Rohaiza: Bergantung pada individu. Saya just guna pencuci dengan ubat jerawat ni ja.

Rohaiza Abd Rahman said...

assalamualaikum zaty, skrg mmg tgh guna cetaphil ni btw ok muka dah takda naik2 jerawat besar or mcm kluar nanah tu tp slalu ada mcm biji2 kasar mcm jrwat pasir tu..mmg ambik sedikit masa ka untuk pulihkan kulit ni?mohon penjelasan yer..tq

Hanis Izzati Hasbullah said...

Waalaikumussalam Rohaiza..bg sy untuk pulihkan kulit yg bermasalah mungkin ambik masa dan ianya bergantung pada individu. mcm sy dulu pun, ambik masa jugak untuk kulit sy kembali normal. Kalau guna makeup, pastikan ianya dicuci sehingga bersih. InsyaAllah, lama kelamaan kulit akan kembali normal.

Rohaiza Abd Rahman said...

Maaf tnya, sblm ni kulit muka zaty mmg ada masalah jerawat teruk ke? sejak saya guna cetaphil ni mmg jrwat mcm susah dah nak naik tp yg heran ada naik biji2 halus mcm ruam tu jelah..Zaty mmg takda guna lain2 produk or krim muka ke?

Hanis Izzati Hasbullah said...

Kulit sy dulu memang ada masalah jerawat. Nak ckp teruk sgt2 tu xdala tp selalu ja ada jerawat. Alahmdulillah, sekarang dah ok. Sampai sekarang sy memang still guna cetaphil, dalacin T pulak sy guna bila perlu ja.

Rohaiza Abd Rahman said...

macam krim2 muka lain@day krim zaty mmg takda pakai ka masa kluar rumah or ke tmpat keja?

Anonymous said...

Dalacin t mmg bagus. i dah guna lama. tp bila perlu je. cam ble ada jerawat. jerwt akn kering dgn sgt cepat. if dah xde jrwt jgn guna lg. coz nt kulit akn terlalu kering.

Anonymous said...

Salam sis..sy pm gne dalacint n pncuci muka cetphil..da nk dkt sbln sy pki tp still nek jrwat lg la...jrwat nanah2 plk 2..adakah amik msa trllu lme sis utk jrwat ni pulih?

Rohaiza Abd Rahman said...

salam, jerawat naik besar2 ka atau just mcm ruam2 kecik tu yer @ mcm jrwat pasir..sy punya muka naik jrwat pasir tu mcm ruam2 halus..so far jrwat besar2 mmg dah susah nak kluar..

Hanis Izzati Hasbullah said...

Rohaiza:Stakat ni utk keluar rumah, sy just apply foundation+compact powder. Jerawat yg ada pada kulit muka sy dulu, tak menentu..kdg2 naik besar n kdg2 kecik2 ja..

Hanis Izzati Hasbullah said...

Utk pulihkan kulit muka berjerawat mungkin mengambil masa untuk kembali normal. Tempoh utk pulihkannya bergantung pada individu dan kesesuaian sesuatu produk dengan individu itu sendiri.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Tmpg tye. Berapa harga utk pencuci dan lotion?

nadiah othman said...

Nad pernah pakai cleanser cetaphil. memang jerawat yg besar2 hilang :) dlm 1-2 minggu. cumanya jangan pakai trlalu byk, nnti kulit jd kering sgt. Pastu nad mkn vit c skali bg cepat kecut . Hihi. dalacin t tahan brapa lama?

Hanis Izzati Hasbullah said...

Untuk dalacin T, kalau ikot pada cara guna sy mmg tahan lama. Just pakai bila perlu saja (jerawat naik).

kak kojee said...

Hie, izzati. Boleh ke beli Dalacin T tanpa prescription? Pharmacy mana ade jual?

kak kojee said...

Hie, izzati. Boleh ke beli Dalacin T tanpa prescription? Pharmacy mana ade jual?

Hanis Izzati Hasbullah said...

sorry kak kojee, zati lambat reply..
zati beli dalacin T dekat farmasi je kak..ada jual

zubir ubir said...

Assalamualaikum .. Kawan sya pun suggest dalacin t tu jugak .. Dulu muka dia sama naik dgn sya .. Sya bru thu produk tu .. Sekarang wajah dia pergh puas hati saya tgok .. Bole hilang kan parut hitam sekali ke .. Mcm mcm dah guna still ada lagi 😩
. Tpi dia suruh cuba dulu sebab dia dah suh mmber lain pakai .. Dia ckp ada nmpk kesannya ..

Shaffieq Nordin said...

Dulu sya gna ubt jerawat T3 Mycin. Ubat ni pun ok juga utk hilngkan jerawat lbih krng mcm dalacin t. Dah 3 thun dah sya setia dgn ubat tu. Tpi skrng saya guna dalacin t dah. Sbab ubat T3 mycin tu macm imun sda dgn jerawat say Hihi. Insyaalh dalacin t ni memberi kesan yg bai

zilah said...

saya blom gune lagi .. tapi ingin mencube .. org ckp bguss .. tapi baca2 comen ade yg berkesan ade yg x .. boleh bgi pendapat tak produk ape yg bagus tok hilang kn jerawat .. cbb muke saya mmg selalu tumbuh jerawat .. and ade kesan hitam and berlobang

Anonymous said...

pernah guna dalacin t n cetaphil masa ade jerawat penuh 1 muka dia. alhamdulillah sgt2 berkesan.

Noor Roha said...

ada suggestion utk hilangkan pigment hitam pd muka?

Noor Roha said...

ada suggestion utk hilangkan pigment hitam pd muka?

Noor Roha said...

ada suggestion utk hilangkan pigment hitam pd muka?

Anonymous said...

Ubat Dalacin T ni memang menjadi sebab saya baru guna dalam 2-3 hari dah kecut jerawat-jerawat yang besar and bernanah. Ubat ni boleh bertahan 4 bulan walaupun botol dia kecik je. Saya suggest kepada orang-orang yang ada jerawat bengkak dan bernanah. Remaja yang ada masalah jerawat pun boleh guna Dalacin T ni :)

Amir Faiz said...

Saya nak tanya, mcm parut3 jerawat semua itu bole hilang ke kalau guna dalacin t?

Dhia Nurlidiaa said...

Dalacin tn nii boleh hilangkan parut jerawat tak .??

Mizuki Nakatsu said...

kalau jerawat pasir boleh pakai dalacin t jugak ke ? Sebab sebelum nie sy pakai yg Topical Solution for acne .

Redzuana Shahera said...

Memang menjadi ubat Dalacin T ni. Saya pun guna pencuci muka Cetaphil dengan Dalacin T. Cuci muka setiap hari pakai cleanser Cetaphil yang gentle dan pakai Dalacin T bila perlu (masa naik jerawat). Memang Dalacin keringkan kulit. Kulit saya jadi kering and menggelupas. Dan sekarang saya pakai moisturizer lotion dari brand Cetaphil juga. Sangat best, Dalacin ni mengecutkan jerawat je tapi tak hilangkan parut. Untuk parut, try cari Mederma atau Hiruscar yang post-acne.

HoneyGee said...

Baru je beli mlm hri pertama guna hrp sgt berksan pd kulit wajah

HoneyGee said...

Baru je beli mlm hri pertama guna hrp sgt berksan pd kulit wajah

Anonymous said...

berapa ringgit?

Nor Rashidah Sheik Allaudin said...

Dalam rm40++..kalau watson rm40.70.guardian atau caring farmasi rm43 ++..baru je beli td...harap brkesan..in shaa Allah

Nasyiera Sahafuri said...

Kalau untuk parut memang tak boleh. Dalacin T ni hanya khas for acne.

Masa' said...

Salam. Sis Izzati..ada tak pengalaman masa guna dalacin t, jerawat jd bernanah...masa letak dalacin xde nanah..esoknya dia keluar nanah..normal ke tu..tq..

Nurul Fatihah said...

Nanah tuh normal..sbb dia nk keluarkan nasi tuh..teruskan pakai..nnty dye kcut sndri je..klo xde ecne jgn pkai

Nurul Fatihah said...

Saya bru je 4 hari pkai topicil solution acne..dye lebih kurang mcm dalacin t..sbb nak blo dalacin t habes..so org farmasi suggest topicil..mmg berksan jerawat nanah..besar2 mngecut..n xde jerawat besar dah..alhamdulillah..cume jerawat pasir je..nmpk mnggerutu..stress..sy mmg pkai pncuci cetaphil..best wlupun xbnyk buih..huhh..hope jerawat pasir hilang.